Perlawanan bolasepak bagi merebut juara Kumpula A Sea Games 2011 antara Malaysia dan Indonesia akan diadakan pada 8:00mlm waktu Malaysia.
Indonesia telah pun melangkah ke separuh akhir setelah menang kesemua perlawanan didalam kumpulan maut ini.Cuma perlawanan ini adalah bagi menentukan siapakah juara kumpulan A yang akan menentang naib juara kumpulan B.Bagi Malaysia, sekurang-kurangnya seri bagi melayakkan diri ke separuh akhir.Kekalahan Malaysia akan memberi peluang kepada Singapura sekirannya pasukan Singapura dapat mengalahkan Thailand dengan jaringan lebih dari 5.
Perlawanan ini dijangka akan menjadi hangat dan ditunggu-tunggu oleh kedua-dua penyokong bagi mengenang semula perlawanan akhir Piala Suzuki yang telah diadakan pada tahun lepas dimana pasukan Malaysia telah menjadi juara setelah mengalahkan Indonesia dengan aggregat 4-2.
Tetapi kali ini kedua-dua pasukan diterjui oleh pemain dibawah U-23.Walaubagaimanapun perlawanan ini pasti menarik perhatian kedua-dua negara.
Carian